18 April 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan webinar NADI x CYBERSECURITY : Cybersecurity For Women Sesi 1. Webinar ini bermula pada jam 3.00 petang. Seramai 2 orang peserta terlibat dalam webinar ini.
Webinar bertajuk "Cybersecurity for Women" merupakan satu inisiatif penting untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita mengenai keselamatan siber. Webinar ini memberi pendedahan tentang ancaman digital yang sering menyasarkan pengguna wanita seperti penipuan atas talian, pencurian identiti dan serangan phishing. Peserta akan didedahkan kepada langkah-langkah pencegahan asas seperti penggunaan kata laluan yang kukuh dan pengesahan dua faktor.
Selain itu, webinar ini turut menggalakkan wanita untuk lebih yakin dan celik teknologi dalam dunia digital masa kini. Sesi perkongsian juga akan dikendalikan oleh pakar keselamatan siber yang berpengalaman dalam bidang ini. Peserta berpeluang bertanya soalan secara langsung dan mendapatkan maklumat yang relevan dengan situasi harian. Tujuan utama webinar ini adalah untuk memperkasakan wanita agar lebih bersedia menghadapi cabaran keselamatan digital. Dengan pengetahuan yang betul, wanita dapat melindungi diri, keluarga dan data peribadi mereka daripada ancaman siber.
20 April 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan Bengkel Tiny Techies : Program Mentor Sesi-2. Bengkel ini bermula pada jam 10.00 pagi – 12.00 tengahari. Seramai 2 orang peserta wakil dari sekolah rendah dan seorang wakil peserta dari sekolah menengah terlibat mendengar bengkel ini. Bengkel Tiny Techies ini disampaikan oleh Encik Shahrani Shahbudin.
Bengkel Tiny Techies melalui Program Mentor memberi pendedahan awal kepada peserta tentang dunia robotik, khususnya pertandingan Sumo Robo. Peserta diberi penerangan tentang fungsi dan struktur robot sumo, termasuk komponen seperti roda, sensor garisan, dan pengesan halangan. Mereka turut mengenal pasti jenis robot yang digunakan dalam pertandingan, iaitu robot automatik yang mampu menolak lawan keluar dari gelanggang.
Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah mengasah kemahiran berfikir secara logik, menyelesaikan masalah dan bekerja dalam kumpulan. Program ini membuka peluang kepada peserta untuk meneroka teknologi dan inovasi secara kreatif dan berkesan.
19 April 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas kesedaran NADI x E-SUKAN “Mental Kuat, Rank Naik”. Kelas kesedaran ini bermula pada jam 3.30 petang. Seramai 4 orang peserta terlibat mendengar kelas kesedaran ini. 4 orang peserta ini merupakan wakil NADI Felda Pasoh 3 dalam pertandingan Mobile Legends Bang Bang yang akan datang.
Ramai masih menganggap e-sukan sekadar hobi membuang masa atau aktiviti tanpa masa depan. Namun, ini adalah mitos. Fakta sebenarnya, e-sukan kini merupakan industri global bernilai berbilion ringgit, dengan peluang kerjaya luas seperti pemain profesional, jurulatih, penganalisis permainan, pengurus pasukan dan pencipta kandungan. Modul ini membantu komuniti memahami bahawa e-sukan bukan hanya tentang bermain permainan, tetapi melibatkan disiplin, strategi, kerjasama, dan kemahiran digital tinggi. Ia juga membuka peluang kepada belia di kawasan luar bandar dan komuniti setempat untuk menjana pendapatan dan membina kerjaya.
Dengan panduan dan sokongan yang betul, e-sukan mampu menjadi pemangkin perubahan sosial dan ekonomi dalam komuniti. Justeru, penting untuk menghapuskan mitos dan menilai e-sukan secara lebih terbuka dan berfakta. Program ini bukan sahaja menyasarkan generasi muda, tetapi juga golongan dewasa supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan keperluan semasa. Secara keseluruhan, modul ini menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti yang lebih berdaya saing, bijak menilai maklumat, dan bersedia menghadapi cabaran digital pada masa hadapan.
✨ [HEBAHAN WEBINAR FlourisHER] ✨
💗 Pembedahan Kanser Payudara: Apa Yang Wanita Selalu Salah Faham?
📅 Selasa, 15 April 2025
🕥 10:30 pagi
📍 Google Meet: meet.google.com/tvt-jacd-uem
Ramai wanita yang panik dan takut bila dengar perkataan “pembedahan kanser payudara”. Tapi… sejauh mana kita faham tentang jenis-jenis rawatan yang ada, dan adakah semua kes perlu buang seluruh payudara?
💬 Sertai sesi ini bersama:
👨⚕️ Dr Mohd Syakir Mohd Azahar
Pakar Bedah, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM
📌 Dalam webinar ini, anda akan:
✅ Faham jenis-jenis pembedahan untuk kanser payudara
✅ Tahu apa yang betul dan apa yang mitos tentang rawatan
✅ Belajar bagaimana buat keputusan dengan tenang dan yakin
✅ Ada peluang untuk tanya soalan terus kepada pakar!
💌 Terbuka untuk semua – wanita & lelaki yang ingin memahami isu kesihatan wanita dengan lebih baik. Jangan lepaskan peluang ini!