Q&A Kelas Masakan Nyonya bersama Chef Florance 🍛🍰🤩
🔴 Kelas ini percuma ke?
🟢 Ya, kelas ini 100% percuma!
🔴 Siapa yang boleh sertai?
🟢 Terbuka kepada semua ahli NADI tanpa mengira peringkat umur dan wajib disertai untuk semua peserta Mahir Masak Intake Pertama.
🔴 Berapa peserta boleh join? Jika ada program lain serentak, macam mana?
🟢 Kelas ini tiada had peserta. Namun, petugas perlu mengatur ruang supaya program lain di NADI dapat dijalankan serentak.
🔴 Peserta dari Mahir Masak Intake 1, perlu untuk mendaftar semula?
🟢 Tidak Perlu,
🔴 Peserta yang sebelum ini sudah sertai Mahir lain boleh join tak?
🟢 Boleh! Petugas boleh terus enroll peserta yang sudah pernah menyertai kursus lain. Jika Hanya peserta baru perlu dibuatkan user sebelum enroll.
🔴 Jika peserta ramai, boleh guna projektor?
🟢 Boleh, asalkan memudahkan petugas mengatur peserta di NADI.
🔴 Bila enrolment bermula? Perlu daftar satu-satu ke?
🟢 Pendaftaran bermula 28 February.
🔴 Jika kelas dibuka di skrin besar, semua peserta tetap perlu didaftarkan supaya jumlah penyertaan dapat direkodkan dengan betul.
🟢 Jika hanya satu nama didaftarkan tetapi 5 peserta menyertai, sistem hanya akan mengira 1 penyertaan sahaja.
🔴 Perlu login MTS semasa kelas?
🟢 Untuk Peserta Mahir Masak Intake 1, perlu tick kehadiran di dalam MTS. Jika peserta selain Mahir Masak Intake 1 tidak perlu tick kehadiran. Peserta hanya perlu klik link yang akan dikongsi sebelum kelas bermula.
🔴 Jika peserta selain Mahir Masak Intake 1 - tak login MTS, bagaimana kehadiran dicatat?
🟢 Kehadiran akan diambil berdasarkan peserta yang telah didaftarkan. Jika peserta tidak hadir, petugas perlu unenroll peserta tersebut.
❗HATI-HATI jangan tersilap unenroll peserta yang hadir! ❗
🔴 Jika peserta sudah daftar program lain pada masa yang sama, macam mana?
🟢 Utamakan program yang telah didaftarkan dahulu. Jangan risau, kursus Mahir Short Learning Series (SLS) ini akan ada lagi dalam siri seterusnya!
🔴 Ada sijil penyertaan?
🟢 Tiada sijil diberikan kerana ini adalah kursus pembelajaran singkat (one-time learning).
🔴 Kelas ini ada sesi amali? Perlu bawa bahan sendiri?
🟢 Tiada sesi amali dan peserta tidak perlu membawa bahan atau peralatan.
Ini bagi memastikan keadaan di NADI terkawal kerana ada program lain berlangsung serentak.
🔥 Jom sertai kelas ini & belajar resepi warisan Nyonya yang unik bersama Chef Florance! 🔥