Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Jerlun diwujudkan bagi memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet, serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.