🌟 Aktiviti Mingguan NADI Tok Kayaman Bersama Komuniti Madani
📅 Tarikh: 15 Mac 2025
🕙 Masa: 90 pagi – 10:30 pagi
📍 Tempat: NADI Tok Kayaman
Aktiviti:
📝 Penyediaan Prompt Kad Raya & Jemputan Rumah Terbuka menggunakan ChatGPT. Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara menggunakan ChatGPT untuk menghasilkan teks jemputan yang kreatif dan sesuai. Pelbagai contoh prompt disediakan untuk memudahkan peserta menghasilkan kad raya yang unik dan menarik.
📝Penggunaan ImageFX untuk Membuat Kad Raya dengan menggunakan ImageFX untuk mereka bentuk kad raya digital. Mereka berpeluang mencuba sendiri dan berkongsi hasil reka bentuk dengan peserta lain.
#naditokkayaman
#pusatsebaranmaklumatnasional
#jpen
#jabatannadi
#nadimalaysia
#mcmc
#tokkayaman
🌟 Taklimat Nadi Bersama Komuniti Madani
📅 Tarikh: 9 Febuari 2025
🕙 Masa: 90 pagi – 120 tghari
📍 Tempat: Nadi Tok Kayaman
Aktiviti:
📝 Pendaftaran Keahlian NADI Tok Kayaman
Pendaftaran ahli baru bagi Komuniti Madani yang hadir.
🌐 Pendaftaran Portal Jaringan Komuniti Madani
Penerangan dan pendaftaran untuk akses portal jaringan komuniti Madani, sebagai platform utama pengurusan dan perkongsian maklumat.
Pada 9 Febuari 2025 bermula 9.00 pagi, suatu taklimat pengenalan mengenai skop, fasiliti dan program/aktiviti NADI Tok Kayaman telah diadakan bersama JPEN dan juga MCMC Perlis.
Taklimat ini bertujuan menyantuni Komuni Madani di kawasan DUN Mata Ayer dalam usaha memperkenalkan manfaat NADI buat komuniti setempat tanpa mengira peringkat usia, bangsa dan latarbelakang pendidikan dan pendapatan. Antara konteks yang diketengahkan mengenai perkhidmatan asas NADI yang ditawarkan seperti mencetak, fotokopi, membantu urusan pendaftaran/surat-menyurat termasuk pengenalan 5 perkhidmatan pintar NADI (Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran dan Inisiatif Kerajaan).
Semoga NADI Tok Kayaman dapat menjadi sebuah pusat sehenti utama (one-stop centre) dalam membantu menyumbang kepada komuniti setempat bagi mengembangkan dan meningkatkan nilai diri dari aspek ilmu, kemahiran, pendapatan dan kemajuan teknologi semasa. 'Majulah NADI Untuk Komuniti'.
#naditokkayaman
#pusatsebaranmaklumatnasional
#jpen
#jabatannadi
#nadimalaysia
#mcmc
#tokkayaman